Thursday, June 10, 2010

Sehelai kain putih

Sehelai kain putih....fitrah manusia, suci ketika dilahirkan. Ibubapa bakal mencorakkan anak masing-masing. Antara perkara terawal yang perlu kita laksanakan sebagai seorang muslim ketika menimang cahaya mata adalah sunat mengazankan di telinga kanannya atau iqamat di telinga kirinya iaitu sebaik saja kelahiran anak itu. Bagi yang menerima perkhabaran kelahiran saudara kita, maka disunat juga kita mengucapkan tahniah serta memberi kegembiraan. Ini cuma sekadar ingatan buat diri kita yang mungkin terkadang lalai disebalik kegembiraan menerima zuriat.

Baby kali ni ialah Muhammad Haziq. Ops...bukan anak saya, kebetulan nama saja yang sama. Cahaya mata Yati, teman pendidik saya. Gambar ini diambil pada bulan Mac ketika baru 5 hari dilahirkan. Tahniah buat Yati sekeluarga yang sememangnya menantikan kelahiran bayi ke-2 ini.

nb1

nb2

nb3

nb4

No comments: